RESEPI EMAK - SUP IKAN MERAH
Saya ni suka makan pelbagai jenis sup, ikan, daging, ayam. Saya nak kongsi resepi sup ikan merah, memang kesukaan saya. Resepi ni mestilah daripada emak saya, ringkas dan sedap.
Ini bahan rempah dia yang perlu ditumbuk iaitu;
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
3/4 sudu teh lada hitam
tumbuk semua bahan, tak perlu lumat sangat
Halia, bawang putih, bawang merah perlu di hiris halus-halus.
Sehiris ikan merah yang dibelah dua, cukup untuk berdua sebab ikan ni besar.
cara memasak:
1. Masukkan minyak 1 sudu besar, masukkan bawang dan halia tadi. goreng sampai naik bau dan masukkan rempah.
2. Kacau seketika dan masukkan 2 cawan air.
3. Masukkan 2 keping asam keping, garam (akak suka pakai garam kasar kalau masak kuah), ajinomoto sedikit je.
4. Biarkan mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan daun sup.
6. Jangan masak terlalu lama sebab ikan lembut dan mudah hancur.
Makan dengan nasi putih panas..