Wednesday, February 25, 2015

RESEPI APPLE CRUMBLES

Resepi ini saya dapat daripada buku '1000 recipes, Grandma's Recipes'. Antara resepi yang saya suka sangat buat sebab mudah dan ringkas. Saya dah mudahkan resepi ikut pengalaman selepas buat banyak kali.

bahan-bahan;

4 biji apple dikupas dan dipotong kecil
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (ini saya tambah sendiri)
campurkan bahan di atas, dan masukkan dalam bekas pembakar (kecil atau besar), jika menggunakan apple biasa tidak perlu dimasak sebab sudah lembut.

bahan untuk bahagian atas;

1 cawan butter/marjerin
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang/ gula putih pun boleh
1/2 cawan badam hancur/ boleh guna apa2 jenis kacang
campur semua bahan diatas menjadi doh yang lembut, dan hancurkan (crumble) ke atas apple tadi sampai tertutup tetapi tidak perlu tebal sangat.

bakar 170 darjah celcius selama 30 min atau sampai keperangan

good luck !



Apple yang dicampur dengan kulit kayu manis, saya tidak letak gula sebab kurangkan manis dalam masakan..hehe

ini kacang walnut, ikut suka nak guna kacang apa.

adunan tepung yang saya hancurkan ke atas apple tadi.


apple crumble yang sudah siap dimasak, saya memang suka bakar sampai coklat camtu.hehe. atas dia rasa biskut, bawah lembut..sedap dimakan masih panas or suam.


No comments:

Post a Comment